Monday, June 29, 2015

Asalammualikum dalam blog saya kali ini saya ingin menceritakan tentang ANDA TANYA USTAZ JAWAB berkenaan wanita dan lelaki?


BAB 1 : WANITA...

1 : wanita solat, tetapi tidak menutup aurat, adakah solatnya diterima?

soalan : ustaz, apakah hukum wanita yang sentiasa solat lima waktu, tetapi tidak menutup aurat ketika di luar solat, contohnya tidak berhijab atau tidak bertudung? saya ada terbaca dalam artikel bahawa solatnya tidak diterima, adakah ini benar?
jawapan : bukan tidak diterima solatnya, tetapi solatnya masih lagi tidak sempurna. ini kerana, solat yang sempurna itu mencegah dirinya daripada berbuat maksiat kepada Allah.

2: Hukum perempuan bekerja sebagai pelayan ataupun prromoter?

soalan : ustaz, bolehkah seseorang perempuan bekerja sebagai pelayan, promoter produk, pramugari, ataupun juruwang?
jawapan : apa jua pekerjaan wanita, secara automatiknya menjadi haram sekiranya melanggar peraturan dan batasan agama seperti bekerja sebagai pelayan lelaki (GRO), orang yang menuang arak, ataupun mendedahkan aurat semasa berkerja.

3 : Isteri beperangai tidak elok?

soalan : ustaz, sekiranya isteri berperangai tidak elok contohnya suka berzina, selepas bercerai adakah bekas suami boleh menceritakan keburukan bekas isterinya itu?

jawapan : ia bergantung pada jenis keburukan. sekiranya keburukan itu besar, ia boleh diberitahu. sekiranya perangai buruk itu hanya adat-adat orang ramai, maka tidak boleh diceritakan. Contoh keburukan yang besar adalah bekas isteri itu seorang yang suka menipu, malas berkerja, suka berbuat zalim kepada suaminya, suka menghabiskan harta suami, mata keranjang, apabila berjumpa lelaki kaya dia berpontensi meminta cerai daripada suaminya dan berkhawin dengan lelaki kaya itu, maka keburukan wanita seperti itu boleh diberitahu kepada bakal suaminya. Ada dua pendapat ulama berkenaan hal ini iaitu ada yang mengatakan sunat, dan ada yang kata wajib bagi kita memberitahu keburukan yang terlampau itu.

4 : Adakah suami dikira dayus sekiranya isteri tidak menutup aurat?

soalan : ustaz, sekiranya suami menegur isteri supaya menutup aurat, tetapi isteri itu buat tidak endah, adakah suami itu dayus?

jawapan : apabila suami menegur isteri yang melakukan dosa tetapi tidak diendahkan oleh isteri, maka suami tidak lagi dianggap dayus dan berdosa. Namun, suami wajib melarang isteri yang tidak menutup aurat keluar rumah. Sekiranya tidak dihalang, suami juga dikira berdosa. Sekiranya sudah dihalang, tetapi isteri tetap keluar sama ada dengan kekerasan ataupun dengan tipu helah, suami tidak lagi berdosa.


5 : Isteri dapat payung emas?

soalan : ustaz, betulkah tiada hadith yang mengatakan bahawa isteri mendapat payung emas sekiranya dia rela dimadukan? Adakah kenyataan ini ada dalam al-quran?

jawapn : ia bukannya daripada hadith, tetapi adalah keterangan ulama yang dikiaskan dengan balasan syurga bagi isteri yang taat kepada suami.
      
 ''payung emas yang dimaksudkan itu bukan payung yang betul, tetapi ia adalah kinayah (kiasan) bagi balasan baik yang diterima oleh isteri di akhirat nanti kerana redha dengan suaminya ketika di dunia.''


6 : Hukum wanita yang memakai tudung, tetapi menampakkan tocang?

soalan : usatz, adakah pemakaian tudung yang menampakkan ikatan tocang rambut di belakang itu dikira menampakkan aurat?

jawapan : ia dimaafkan sekiranya sukar menyembunyikan bentuk rambut di dalam tudung. Situasi yang dilarang adalah sengaja menampakkan bentuk tocang itu.


7 : Tengok aurat perempuan, tetapi tidak mendatangkan ghairah?

soalan : ustaz, apakah hukum sekiranya kita melihat aurat perempuan tanpa mendatangkan ghairah? Adakah perbuatan itu berdosa?

jawapan : hukumnya tetap haram dan berdosa sekalipun tidak ghairah. Ia sama seperti haramnya wanita mendedahkan aurat dalam negeri yang semua penduduk lelakinya mati pucuk dan dipotong kemaluannya.


8 : Hukum perempuan benci pada sesetengah lelaki?

soalan : usatz, apakah hukum sekiranya seseorang perempuan itu benci kepada sesetengah lelaki?

jawapan : benci tanpa sebab adalah sifat yang dicela oleh syarak. Benci kepada perbuatan lelaki lain juga tidak diharuskan oleh syarak. Benci biar bertempat. Sekiranya benci kepada perangai buruk ataupun jahat,ia diharuskan oleh syarak. Jangan membenci semua lelaki ataupun membenci tubuh badan lelaki itu pulak.


9 : Mengapakah perempuan dan lelaki diasingkan di dalam masjid?

soalan : ustaz, mengapa orang lelaki dan perempuan diasingkan ketika berada di dalam masjid?

jawapan : Ia bertujuan mendidik kita semua mentaati perintah agama dan menjaga adab-adab yang diajar, iaitu mengelakkan pergaulan bebas selepas kita keluar dari masjid.


10 : Maksud Tabarruj?

soalan : ustaz, saya tidak memahami tabarruj yang selalu ustaz sebut. Adakah ia bermaksud bersolek atau ber-make up, ataupun berhias seperti oarang bukan islam? Adakah memakai pakain yang menarik perhatian lelaki dikira sebagai tabarruj juga?

jawapan : tabarruj ialah bersolek, berhias , ataupun memakai perhiasan yang menarik perhatian lelaki supaya memandangnya.


11 : Keputihan adalah najis?

soalan : ustaz, adakah keputihan dari faraj wanita itu najis?

jawapan : keputihan itu adalah najis dan wajib dinasuh. Tetapi yang mengeluarkan keputihan adalah:
*VULVA (BIBIR FARAJ)
*VAGINA (FARAJ)
*SERVIK (PANGKAL RAHIM)
*UTERUS (RAHIM)

Bahagian yang paling banyak mengeluarkan keputihan yang berlebihan ketika berlaku perubahan hormon adalah pangkal rahim dan faraj.


BAB SETERUSNYA AKAN DI KELUARKAN TIDAK LAMA LAGI ?


1 comment:

  1. Slots by Pragmatic Play - AprCasino
    Pragmatic Play. Pragmatic 바카라 사이트 Play. Pragmatic Play. Slot Machine. apr casino The Dog House. ford fusion titanium Slots. jancasino Wild West Gold. Pragmatic Play. Jackpot Party.

    ReplyDelete